Sunday, December 5, 2010

UJAR WANITA...WANITA ITU LEMBUT......

Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita, tidak gemar perbalahan ... kecuali jika terpaksa.

Lalu wanita pun diam-diam seolah-olah 
menerima ...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan 
kewajipan.

Dalam diam, wanita terus terusan bekerja di pejabat sebagai kerani, sebagai pegawai  ... di rumah sebagai suri.


Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari hingga jarum jam tegak bertindih jari.

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang.


Apabila pulang dari pejabat, di kerusi malas longlai terlentang. 

Isteri dikatakan lemah. Bergelut di dapur memasak.

Suami yang mengaku gagah, bersantai di hadapan TV tidak bergerak.

Selesai memasak, wanita menguruskan anak-anak.


Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak.

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak. 


Berehat, menonton TV sambil
tergelak.
  


FIKIR-FIKIRKAN..........

APABILA ANDA..........................

Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.



Apabila dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.



Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

Apabila jalan di depan digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.



Apabila semua di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Mendengar.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yannnnng Satu.

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan

.
Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.