(Pelamin yang musnah)
Musim cuti sekolah telah tiba, maka ramailah teruna dan dara serta duda dan janda berebut-rebut mahu mengakhiri zaman bujang atau solonya, hinggakan dalam sehari sampai 4-6 undangan perkahwinan.
Yang menjadi persoalannya ialah mengapa mesti musim cuti sekolah ramai yang nak kahwin. Apa, kalau tak musim sekolah tak boleh kahwin ke?
Bila dah banyak majlis perkahwinan yang paling sibuk tentunya Tok Naib/Wali Hakim.Kalau sehari ada 5 majlis akad nikah, jenuh juga nak bersalam dengan pengantin hingga 4-5 kali akad, tapi ada yang masih sangkut, tak ke haru namanya. Tapi apa pun, Tok Naib/Wali Hakim pasti tersenyum apabila dihulur sampul berisi RM sebagai upah.
(Upacara ijab kabul/nikah yang kuharapkan tapi tidak kesampaian..............)
Bagi bakal suami, tentunya berdebar-debar menanti hari bahagia. Bakal suami pasti gementar untuk melafazkan ijabkabul. Entah berapa kali berlatih pun tak tahu.Dah berlatihpun masih ramai yang sangkut. Maklumlah kali pertama bernikah.Kalau dah masuk kali kedua atau seterusnya pasti senang sebab sudah ada pengalaman...tapi belum tentu juga....Gabra punya pasal sangkut juga..
(Baju nikah yang terlalu banyak menyimpan kenangan)
(Busana pengantin yang masih dalam simpanan- buatan sendiri)
(Nostalgia yang masih tersimpan)
(Busana pengantin yang masih dalam simpanan- buatan sendiri)
(Nostalgia yang masih tersimpan)
Bagi bakal isteri pula tentu berdebar menanti malam pertama, malam yang membawa seribu pengertian. Ada yang tenang namun ramai juga yang kalut. Malah jika mereka didatangi "bulan" pada malam pertama, ia merupakan kelegaan yang tidak terhingga, tapi sengsara bagi lelaki.
(Isteri dan wanita bukan untuk disakiti tapi untuk disayangi)
Bagi ibu bapa pengantin pula pastinya tersenyum lebar kerana mendapat menantu. Bagi ibu bapa pengantin perempuan segala persiapan dirancang dan diatur dengan teliti agar majlis dilangsung dengan lancar. Sekurang-kurangnya ringan sikit bebanan yang ditanggung. Itupun jika benar-benar mendapat menantu. Jika yang dapat menantu yang macam hantu tak ke haru dibuatnya.